|
|
| Monday, 19-Feb-2007 14:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Raja Sehari Dr. Hamid & June dan Selamat Hari Jadi Hubby
|
|
19 Februari 2007 (Isnin) .. Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari Persandingan Dr. Hamid n June. Juga pada hari bahagia ini merupakan hari jadi hubby tersayang.
Tidak dapat digambarkan betapa gembira, bersyukur dan bahagianya perasaan pada hari ini. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya hujan turun seketika.
Rombongan pengantin lelaki diiring dengan paluan kompang tiba pada jam 2.00 petang telah disambut oleh pengantin perempuan dengan perasaan yang berdebar dan malu-malu. Kedua raja sehari dipersembahkan dengan persembahan silat. Sebelum rombongan pengantin lelaki dibenarkan masuk ke dalam, seperti biasa mengikut adat Johor, mereka dikenakan 'tol' bagi membolehkan pengantin lelaki duduk di sebelah pengantin perempuan. Di sinilah keadaan ceria terjadi apabila berlaku 'tawar-menawar' antara wakil kedua-dua pihak.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 19-Feb-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hantaran Raja Sehari
|
 |
|
Pemberian Kekanda untuk Adinda
|
|
 |
|
Mas kahwin
|
|
 |
|
Cincin
|
|
 |
|
Wang hantaran
|
|
 |
|
Sireh junjung
|
|
 |
|
Jam tangan
|
| | View all 21 photos... |
|
|
7 dulang daripada Kekanda berbalas 9 dulang daripada Adinda. Hantaran dari Kekanda Hamid bertemakan 'Sangkar Cinta' dengan warna hijau lumut dan coklat terdiri daripada duit hantaran, sireh junjung, mas kahwin serta cincin, alat solek, jam tangan, set handbag serta kasut dan buah-buahan. Manakala hantaran dari Adinda June bertemakan 'Jambangan Kasih' dengan warna ungu digubah sendiri oleh pengantin perempuan terdiri daripada sireh junjung, al-quran, cincin serta jam tangan, minyak wangi, kasut, set wallet serta tali pinggang, jam tangan, kek dan buah-buahan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Feb-2007 20:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Bezanzi dan Berinai Kecil
|
|
Pada malam 18 Februari 2007 (Ahad) selepas solat Maghrib, telah diadakan Majlis Bacaan Yasin dan Berzanzi yang dihadiri oleh ahli-ahli wanita Taman Tangkak Jaya. Pengantin perempuan telah memperdengarkan bacaan berzanzi dan diikuti dengan marhaban beramai-ramai.
Setelah tamat majlis, diadakan pula majlis berinai kecil dimana upacara bergambar dengan 3 pasang persalinan yang terdiri daripada pakaian tradisional Jawa, Korea dan pakaian Hindustan serta 2 persalinan bersama pengantin lelaki iaitu pakaian tradisional Johor dan Jepun.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 18-Feb-2007 17:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pernikahan Dr. Hamid n June
|
|
Tarikh 18 Februari 2007 (Ahad) merupakan tarikh paling bersejarah, mendebarkan, membahagiakan dan diingati dalam hidup saya. Dengan sekali lafaz, saya telah sah menjadi suri dalam hidup Kekanda Hamid bin Sulaiman. Ijab telah dilakukan sendiri oleh bapa, Haji Abu Bakar Ahmad dengan disaksikan oleh 2 orang saksi. Majlis berlangsung dengan suasana harmoni dan tenang serta sedikit adengan air mata apabila lafaz taklik dibacakan antara kedua pengantin dengan ibu bapa pengantin perempuan.
Setelah selesai solat sunat selepas nikah, majlis diteruskan dengan upacara menyarung cincin dan penyerahan Mas kahwin sebanyak RM 1,000.00 serta diikuti dengan jamuan kepada tetamu yang terdiri daripada sanak saudara dari kedua-dua belah pihak, jiran terdekat dan sahabat handai.
7 dulang daripada pihak lelaki yang terdiri daripada mas kahwin, cincin dan duit hantaran, sireh junjung, jam tangan, set alat solek, set kasut dan beg tangan dan buahan telah dibalas dengan 9 dulang hantaran yang dibuat sendiri oleh pengantin perempuan dan Siti Azuarina (rakan baik yang banyak membantu) yang terdiri daripada sireh junjung, al-quran, kasut, jam tangan dan cincin, minyak wangi, set tali pinggang dan purse, coklat, buahan dan kek.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah menemukan saya dengan suami tersayang dan kepada suamiku, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke hujung nyawa dan janjiku akan sentiasa taat dan setia di sampingmu. Insyaallah...
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 17-Feb-2007 00:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Persiapan Terakhir Menjelang Hari Bahagia
|
 |
|
Bersama Khairul dan Lin melayan Syamil memeriksa pelamin
|
|
 |
|
Sedang sibuk mengisi bunga telur
|
|
 |
|
Azua n Niza
|
| | View all 15 photos... |
|
|
Sehari sebelum menjelang hari bahagia, teratak ayah bonda mula penuh dengan kehadiran sanak saudara, ahli pakatan Taman Tangkak Jaya dan sahabat handai untuk membantu. Sesungguhnya kahadiran mereka banyak membantu meringankan beban menjelang hari perkahwinan dan memeriahkan suasana. Sebelah petang sibuk menyediakan bahan-bahan untuk santapan tetamu pada hari perkahwinan, mengisi telur pindang di dalam bekas bunga telur, menyiapkan cenderamata untuk tetamu dan sebelah malam sebelum tidur sepupu2 sibuk menconteng inai di jari pengantin.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 28-Jan-2007 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Persediaan Menjelang Perkahwinan
|
|
|
28 Januari 2007- Walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan harian, persiapan menjelang hari perkahwinan tetap tidak dilupakan. Berulang alik ke Tangkak, Ayer Itam untuk menguruskan dan membeli barang-barang perkahwinan. Paling menyeronokkan mencuba baju pengantin. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dan teratur mengikut yang dirancang serta menjadi kenangan terindah buat kami berdua, keluarga dan rakan-rakan.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 20-Nov-2006 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hari Kualiti, Fakulti Pertanian
|
|
Sambutan Hari Kualiti Fakulti Pertanian di Hotel Equotarial pada 20 November 2006 (Isnin) jam 8.00 malam. Yang paling menyeronokkan kami berdua mendapat cabutan bertuah, anugerah khidmat cemerlang 2005 dan berpakaian sedondon.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 28-Oct-2006 15:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Pertunangan Noorizajune n Dr Hamid
|
 |
|
Perbincangan antara dua belah pihak
|
|
 |
|
Sedang disolekkan
|
|
 |
|
Di Bilik menunggu..bersama barang hantaran
|
| | View all 18 photos... |
|
Jam 3.00 pm, 28 Oktober 2006 (Sabtu) .. Raya Ke-5, tarikh bersejarah dalam hidup saya.. dengan sah saya menjadi tunangan orang... Dr. Hamid Sulaiman. Majlis Berlangsung di kediaman ibu bapa saya di Tangkak.
Perbincangan antara dua belah pihak.. 9 Dulang dari pihak lelaki dibalas 11 Dulang dari pihak perempuan..
Buat tatapan semua .. Semoga perhubungan kami berkekalan hingga ke hujung nyawa... Amin.
|
|
|
|